Pada bulan Julai 2021, fungsi ‘Covid-19 Self Test Kit’ telah dikemaskini dalam aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pengguna untuk membeli, melakukan ujian kendiri, dan melaporkan keputusan ujian ke dalam aplikasi tersebut.

Namun atas sebab teknikal, fungsi tersebut telah ditarik balik dari aplikasi MySejahtera pada bulan Ogos 2021. Semenjak itu, keputusan ujian kendiri tidak lagi dapat diselaraskan secara automatik.

Oleh sebab itu, pihak Salixium telah membangunkan aplikasi MySalixium di mana pengguna produk kit ujian kendiri berjenama Salixium hasil keluaran Medkad Sdn. Bhd. ini boleh:

  1. Memeriksa ketulenan produk.
  2. Melakukan ujian dengan panduan dalam aplikasi.
  3. Menyemak sejarah keputusan ujian.
  4. Mendapatkan sijil keputusan yang disahkan.
  5. Berkongsi keputusan ujian dengan individu lain atau syarikat.

Aplikasi percuma ini boleh dimuat turun melalui galeri aplikasi peranti anda.

Bagi mereka yang memerlukan sijil keputusan ujian melalui Sistem Maklumat Kesihatan Awam (SIMKA), anda boleh menggunakan perkhidmatan telekonsultasi Tele-Salixium, di mana ujian kendiri anda akan dipantau oleh staf kesihatan Salixium dan pihak klinik panel kami akan mengeluarkan sijil SIMKA tersebut, dan laporan ujian tersebut akan terpapar dalam profil MySejahtera anda dalam masa 24 jam.

Kit ujian kendiri pertama buatan Malaysia ini bukan sahaja mengeluarkan produk kit ujian semata-mata, malah menawarkan teknologi sokongan kepada pengguna supaya keputusan yang tepat dapat diperoleh, disahkan, serta boleh dikongsi kepada pihak yang memerlukan mengikut garis panduan polisi privasi yang ditetapkan.

Diharapkan agar penjelasan ini membantu dan menjawab persoalan anda mengenai isu ini.

“Uji sendiri, lindungi komuniti.”

Salixium.