Sasar 20,000 pengguna

Home > Media  > Sasar 20,000 pengguna
medkad-sasar-20000-pengguna

Medkad Sdn. Bhd. menjadi syarikat pertama di negara ini yang memperkenalkan sistem kad perubatan secara digital, MEDKAD dan menyasarkan 20,000 pengguna menjelang tahun depan.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ezuan Yaacob berkata, setakat ini MEDKAD mempu nyai 5,000 pengguna dari 60 syarikat berlainan dan 1,300 klinik panel di seluruh negara.

Katanya, jumlah itu di jangka terus meningkat berikutan aplikasi MEDKAD mudah digunakan. Aplikasi MEDKAD ini juga mesra pengguna serta di reka untuk pelanggan me manfaatkan sepenuhnya perkhidmatan perubatan yang disediakan syarikat mereka dengan lebih mudah tanpa memerlukan kad fizikal.

Kami yakin pengenalan aplikasi MEDKAD ini akan mengubah landskap perubatan bagi majikan di Malaysia secara menyeluruh

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (1). SME Corporation Malaysia. Rizal Nainy dan Pembantu Pengurus, Jualan Korporat Focus Point, Keith Cheong.

Aplikasi MEDKAD unik dan menjadi sistem terkini yang membolehkan ia mengesan aktiviti perubatan pekerja dan jumlah yang di belanjakan secara terus MEDKAD kini boleh dimuat turun bagi peranti IOS dan Android.

Ezuan berkata, pihaknya memperuntukkan pelaburan lebih RM200,000 bagi membangunkan sistem MEDKAD ini. “Kami menjangkakan untuk mempunyai 1,000 panel membabitkan klinik dan hospital swasta serta kera jaan tahun depan.

Buat masa ini juga kami menunggu sebanyak 46 hospital kerajaan yang akan menjadi panel MEDKAD dan la dijangka dimuktamadkan pada sukupertama 2019

Sementara itu. MEDKAD turut menjalin kerjasama dengan Focus Point bagi menawarkan diskaun lebih 50 peratus bagi penggunanya.